Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013


Biasanya dalam pemberian nama anak kita tak sedar yang nama-nama yang diberikan kadang kala merupakan nama yang juga digunakan oleh jin! Petikan ceramah ustaz Sharhan

Antara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin ialah seperti:-
1. Balqis
2. Kistina/Qistina
3. Najwa
4. Zakuan
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda
Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.
Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam
P/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.
(UPDATE)
Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar Idrus jawab
Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.
Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..
Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallhua’lam
sumber: Facebook

Monday, 6 May 2013

Jin Islam Bongkar Rahsia Setitiga Bermuda


Perhatian : Maklumat dalam artikel ini adakalanya diluar kotak pemikiran biasa para pembaca. Jika mana-mana bahagian dalam artikel ini mengganggu ketenteraman, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan.
Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua Malaikat beriman kepada Allah SWT, sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah SWT dan sebahagian yang ingkar. {1}
Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki pelbagai bangsa, puak dan keturunan. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran yang sama seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain Raja. dari sini terbentuklah Daerah, pentadbiran seterusnya adalah Negeri, dan terakhir menjadi Negara. Bukti kepada pernyataan diatas adalah berdasarkan:
Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api” (Surah ar-rahman : ayat 15)
Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)” (Surah al-Dzariyat : ayat 56)
Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir” (Surah al-an’am : ayat 130)
Petikan-petikan surah diatas sudah cukup membuktikan bahawa makhluk Jin sememangnya wujud dan tiada sebab bagi umat Islam untuk menyanggah hakikat ini. Sebelum manusia dilantik sebagai khalifah dimuka bumi, makhluk bernama Jin terlebih dahulu menjalani kehidupan mereka dimuka bumi.
Rahsia Setitiga Bermuda kini dibongkar
Namun, sepertimana yang dinyatakan, makhluk Jin sama juga seperti manusia. Kemajuan tamadun bangsa Jin (terutama dalam teknologi Atom dan Fusion) telah menyebabkan mereka ingkar dalam melaksanakan perintah Allah SWT hingga akhirnya membawa kepada kemusnahan tamadun makhluk sebelum manusia ini. {2} Dan pada masa yang Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Allah SWT telah memperkenankan doa para Jin supaya mereka tidak dilihat oleh manusia. {3} JIN ISLAM DEDAH RAHSIA SEGITIGA BERMUDA Muhammad Isa Dawud (MID) dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah. {4} Dalam karya MID yang bertajuk Dialog Dengan Jin Islam, penulis tersohor itu telah membuat satu pendedahan eksklusif berkenaan Segitiga Bermuda dan ‘penghuninya‘.
Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman MID sendiri yang pernah berbicara bersama Jin Islam. MID menjelaskan bahawa, Jin Islam yang menjadi ‘rakan’nya itu berasal dari Bombay, India dan merupakan Jin yang berpengaruh kerana telah membawa kira-kira 10 000 jin lain memeluk agama Islam. Sehingga buku itu ditulis, rakan istimewanya itu sudah berusia 180 tahun. {5}
Kedudukan geografi Mesir dan Segitiga Bermuda sebenarnya boleh dikira agak dekat jika diambilkira kemampuan/kelebihan yang dimiliki oleh para Jin. Saya kira pembongkaran Jin Islam itu kepada Muhammad Isa Dawud ada juga kebenarannya, memandangkan ‘tidak mustahil untuk seseorang itu berkomunikasi dengan makhluk Jin’ sepertimana yang pernah dilakukan oleh beberapa orang lagi penulis, pengamal perubatan dan alim ulama. Ini termasuklah Ustaz Amin yang terkenal dengan program terbitan TV 9, Tanyalah Ustaz. {6}
Berikut adalah petikan daripada dialog tersebut () :
Muat turun Ebook Dialog Dengan Jin Islam (Muhammad Isa Dawud) | 4 Shared
___________________________________
  1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Jin
  2. Lihat surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu: “Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat) berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…“. Malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
  3. Lihat Muhammad Isa Dawud, Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia, Pustaka Syuhada (M)
  4. Lihat Ibnuyaacob.com, Profil Muhammad Isa Dawud, http://ibnuyaacob.com/?page_id=185
  5. Lihat Muhammad Isa Dawud, Dialog Dengan Jin Islam, Bhg Tamu Kita Dalam Buku Ini, Pustaka Hidayah (I)
  6. Ustaz Amin atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah adalah seorang Ustaz selain menjadi pengacara sebuah program di TV 9. Ustaz Amin mendedahkan pengalamannya berkomunikasi dengan Jin ketika beliau berada di Makkah. Lihat laman web beliau, di sini (Link)

Tuesday, 16 April 2013


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Sejak kebelakangan ini, rasanya makin ramai orangperempuan yang suka mengambil gambar dengan memuncungkan bibirnya, (mulut itik).. Tak tahulah apa yang menariknya dengan gambar seperti itu.. haha



Tapi ramai juga yang tak tahu hukum mengambil gambar seperti ini.. ada soalan yang diutarakan kepada Ustaz Azhar Idrus berkaitan hal ini.. Lihat apa jawapan ustaz ni

Sunday, 14 April 2013



(VIDEO) Subhanallah!Nama Nabi Muhammad Muncul Dilangit | Semasa Majlis Sambutan Maulid pada malam 12 Rabiul Awwal pada tahun 2007, Sheikh Dr Tahir ul-Qadri sedang berucap dihadapan berjuta-juta orang mengenai rahsia di sebalik nama محمد yang diberkati. Ketika beliau sedang menjelaskan tentang rahsia tersebut, beliau menulis perkataan ini beberapa kali di udara dengan jarinya dan berkata:

"Saya harap saya mempunyai papan untuk menulis perkataan ini di atasnya, supaya saya boleh menjelaskan tentang bentuk perkataan ini dan bagaimana ia sepadan dengan Haqiqat e Muhammadiyya."

Selepas daripada itu, tiba-tiba satu perkara yang sangat pelik berlaku. Nama "Muhammad" yang tertulis dalam bahasa Arab seolah-olah terbentuk pada awan. Perkataan itu begitu jelas dan tiada siapa yang boleh menafikan kewujudannya. Beratus-ratus ribu menyaksikan adegan ini hidup di Minar-e-Pakistan, Lahore.

Subhanallah,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

video ini dirakam, sila tengok disini :-



Thursday, 11 April 2013

3 lokasi yang disukai Nabi saw


1) Kota Makkah 

Rumah ibadah pertama yang dibangunkan di muka bumi. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Engkau (Makkah) adalah negeri yang paling baik, dan aku sangat mencintaimu. Andai sahaja kaumku tidak mengusirku darimu (Makkah), aku tidak akan tinggal di suatu tempat pun selainmu." (Riwayat al-Tirmizi)

2) Kota Madinah

Turut dikenali sebagai Madinahal-Munawwarah. Di sana juga terdapat Masjid Nabawi iaitu antara masjid yang mempunyai keistimewaan tersendiri dan turut pernah disebut Rasulullah dalm hadisnya.

Rasulullah juga pernah berdoa agar Madinah diberkati Allah sama seperti Makkah, maksudnya: "Ya Allah, jadikan keberkatan kota Madinah dua kali ganda keberkatan yang Kau jadikan untuk kota Makkah." (Riwayat al-Bukhari)

3) Gunung Uhud

Gunung yang berada di kota Madinah dan dinamakan Uhud kerana gunung ini terpisah daripada gunung-gunung yang lain. Gunung Uhud pernah menyaksikan beberapa peristiwa sejarah yang besar, antaranya Perang Uhud.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Gunung ini menyukai kita dan kita juga menyukainya." (Riwayat al-Bukhari)

Sumber: Gen-Q 19 (3 lokasi yang disukai Nabi saw).

Wednesday, 10 April 2013

TIPS: Cepat Kaya Dengan Satu Amalan Ini


Setiap dari kita selalu mengejar kekayaan harta. Ada yang berangan hendak membeli rumah banglo yang besar dilengkapi kolam renang dan kalau boleh ada PADANG BOLASEPAK sendiri. Bagi yang tiada kereta pula pasti impikan Ferrari, Lamborghini atau low standard sikit Vios kalau low standard lagi VIVA pun jadi. Tapi dalam diam kita tidak menyedari suatu perkara yang memungkinkan kita KAYA harta secara tidak sengaja. Jawapannya ialah SEDEKAH.


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: 
"Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api"
Hadis Riwayat At-Tirmidzi.

Maka benar Allah dalam sabda Nabi-NYA yang bermaksud:
"Ubatilah sakit kamu dengan cara bersedekah, peliharalah harta kamu dengan car berzakat 
dan hindarilah bala dengan car berdoa".

Jadi secara rumusnya, amalan bersedekah itu dapat memanjangkan umur dan menjaga kesihatan. Kenapa? Sebab hati akan sentiasa tenang dan merasakan diri harus dijaga dari segi pemakanan dan pakaian untuk sentiasa aktif beribadah kepada Allah. Selain itu sedekah sebenarnya dapat melipat kali gandakan bukan sahaja pahala malah harta kekayaan. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang berfikir kalau kita bersedekah, duit habislah. Bukan dapat balik. Masya-Allah. Ingatlah, tuhan maha melihat. Kejujuran kita bersedekah itu pasti di balas-NYA.


INGATAN PENTING UNTUK ORANG YANG INGIN BERSEDEKAH

Bolehkah lepas anda membaca ini, anda bersedekah? Bagi lelaki, apa salahnya letakkan RM1 dalam tabung masjid sembahyang JUMAAT? Malu ke sangat nak berbuat demikian? Atau rasa macam tak ada makna je? Fikirkanlah. Yang untung nanti bukannya sahabat sebelah kita, tapi kita sendiri. Hati perlulah yakin kepada Allah. Tapi bolehkah juga bersedekah dengan iklas? Walau kita tahu balasan BAIK dengan bersedekah, jomlah kita bersedekah dengan iklas (tanpa harapkan balasan) boleh?

Anggaplah sebagai itu satu kewajipan menolong orang. Nanti suatu hari mungkin orang akan tolong kita pula. Macam kes aku misalnya, selepas aku mulakan amalan bersedekah, rezeki aku makin murah (betul tak tipu) dan hanya Allah yang mengetahuinya. Aku iklas sedekah untuk dapat pahala. Balasan baik yang lain biarlah Allah yang memberi. Yang penting hati sentiasa tenang.

Entri menarik :