Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Saturday, 21 December 2013


Kalau sebelum ini hanya tiada kepastian mengenai penghijrahan Ummi Nazeera, dengan perkongsian gambar ini ternyata ia adalah benar. Tahniah diucapkan atas “graduation” dan juga penghijrahan anda. Di dalam salah satu gambar Instagramnya, Ummi Nazeera menulis:-

Alhamdulillah thanks to my parents for having me. Thanks to mama for raising me. Thanks to abang for taking care of me. Thanks to my friends for strengthening me. Most importantly, All praises be to Allah for inspiring me.

Gambar Perkahwinan Safee Sali Dan Sasha

Tahniah diucapkan kepada Safee Sali kerana telah selamat bergelar suami kepada Sasha.Majlis pernikahan berlangsung sederhana dan lafaz nikah diucapkan kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Majlis resepsi nanti akan diakan pada 28 Disember 2013 di Perak.Pasangan Safee bernama Sasha berasal berasal dari Indonesia.

gambar nikah safee sali, gambar nikah pemain bola sepak negara, terkini, pasangan pengantin baru, sukan

Gambar Pre Perkahwinan mereka dibawah : 

gambar nikah safee sali, gambar nikah pemain bola sepak negara, terkini, pasangan pengantin baru, sukan

gambar nikah safee sali, gambar nikah pemain bola sepak negara, terkini, pasangan pengantin baru, sukan

gambar nikah safee sali, gambar nikah pemain bola sepak negara, terkini, pasangan pengantin baru, sukan

Terkini! Dafi dimasukkan ke hospital



dafi, terkini, gambar dafi, pelakon, penyanyi, Dafi Masuk Hospital

Dafi telah ditahan di wad disebabkan demam yang berpanjangan dan dimasukkan ke hospital.

Di laman sosial, Dafi memberitahu peminat bahawa dia telah demam hampir 10 hari sebelum di masukkan ke hospital malam tadi.

Dia kini dalam proses merehatkan diri dan mendapatkan rawatan.

Semoga Dafi cepat sembuh dan didoakan agar diberikan Allah kesihatan yang baik. Amin. 


SUMBER


Walaupun pernah dilanda kontroversi cinta tiga segi, namun hubungan pasangan Pekin Ibrahim dan Nik Zarith Uqasha tetap utuh. Bahkan, Pekin dan Uqasha khabarnya bakal disatukan pada tahun hadapan.

"Kami akan berkahwin pada tahun hadapan. Tarikh sudah ada, tetapi keluarga tidak benarkan kami umumkan sekarang. Saya pun tak boleh cakap sama ada awal, pertengahan atau akhir tahun. Apa yang saya boleh katakan, kami merancang untuk bernikah pada 2014," ujar Pekin ketika ditemui di majlis pra-tonton filem Tokan, baru-baru ini.

"Dari awal saya jumpa dia dulu, saya dah ajak dia kahwin. Itu bermakna saya tak main-main dengan dia," kongsi Pekin yang sudah melamar Uqasha sejak dari awal fasa percintaan mereka.

Tambah pelakon itu, dia menganggap kontroversi yang terjadi baru-baru ini sebagai lumrah dan dia mengambil hikmah dan cuba berfikiran positif di sebalik kejadian itu.

"Saya akui waktu itu saya agak tertekan sebab tak pernah lalui kontroversi seperti itu. Tapi kita ada akal dan saya cuba tangani masalah itu dengan baik," jelas Pekin lagi.

Kongsi Pekin, dia menerima banyak tawaran berlakon filem pada tahun hadapan. Baginya, itu merupakan rezeki perkahwinannya.

"Saya akan sibuk dengan beberapa projek tahun hadapan. Selain itu filem seperti Apokalips, Tujuh, Rentas dan Nabila juga bakal ditayangkan pada 2014. Walaupun akan sibuk dengan persiapan perkahwinan, saya anggap tawaran-tawaran itu sebagai rezeki perkahwinan kami," katanya mengakhiri bicara.


Sumber: http://www.gua.com.my/

Thursday, 19 December 2013

Wajah sebenar bakal suami Linda Onn


Wajah sebenar bakal suami Linda Onn - Sebuah media hiburan online telah mendedahkan sekeping gambar lelaki kacak yang didakwa sebagai bakal suami Linda Onn. Lelaki itu berstatus kerabat diraja dikenali dengan nama Ungku Azhar dan berusia dalam lingkungan 40-an.

Memang kacak orangnya namun belum dipastikan lagi kesahihan dakwaan tersebut memandangkan Linda Onn gagal dihubungi wartawan baru-baru ini.

Terdahulu, penyampai radio ERA FM itu mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki bujang berstatus kerabat diraja. Perkahwinan mereka telah pun didaftarkan di pejabat agama Johor Bahru dan bakal berlangsung pada 27 Disember 2013.

Linda Onn Nikah 27 Disember 2013 ?


Linda Onn yang berumur 36 tahun dikatakan telah merancang untuk bernikah pada 27 Disember ini. Deejay radio popular ini sedang bercinta dengan seorang jejaka yang mempunyai pertalian darah berketurunan kerabat diraja.


Tahniah buat Linda Onn dan bakal suami.




Dira Abu Zahar Tak Sedar Hamil Keguguran




KASIHAN kami mendengar nasib sedih yang menimpa pelakon Dira Abu Zahar apabila dia disahkan keguguran sekitar bulan lalu.


Ceritanya, sewaktu kejadian itu berlaku, dia sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Kemaman, Terengganu, memetik laporan akhbar tempatan.



Ketika sedang bekerja, terdapat ketulan darah keluar dan dia terus ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.



Rupa-rupanya tanpa disedari, dia sebenarnya telah hamil enam minggu dan mengalami keguguran yang mungkin disebabkan terlalu aktif bekerja.



Biarpun agak sedih dan kecewa kerana hasrat untuk mendapat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof tidak kesampaian, Dira redha dengan apa yang berlaku.



Tak mengapalah. Mungkin bukan rezeki Dira kali ini.



Apa pun, jangan risau kerana masih ada lagi peluang lain di masa akan datang. – MyNewsHub

Friday, 13 December 2013

Pengakuan bekas rakan sekolah Jep dan Mamat


Pengakuan bekas rakan sekolah Jep dan Mamat | Berikutan dengan keluarnya Mamat dari kumpulan pelawak Sepah dan secara terlangsungnya menjadikan Sepah sebagai "Sepahtu", ada seorang yang kononnya bekas rakan sekolah Jep dan Mamat membuat luahan perasaan dalam facebook "Gua Tv Dot Com", sebagai respon kepada penurunan prestasi lawak Sepahtu yang kini sedang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2013. Akaun tanpa gambar profile bernama Iskandar Rashid memberi komen berikut :



Gambar majlis perkahwinan Wan Maimunah dan Makpol Saimon | Tahniah daripada SZ|Network kepada pelakon veteran, Wan Maimunah Abdul Aziz yang kini sudah mengakhiri zaman jandanya selepas sah bergelar isteri kepada Makpol dengan sekali lafaz.Diharap pasangan ini kekal bahagia di dunia dan akhirat.










Hamil Anak ke-2, Ayu Sambung Cuti Berlakon



Lama tidak melihat pelakon Ayu Raudhah, 28, muncul di kaca televisyen. Kebetulan Malaysian Digest sempat bertemu dan bertanyakan khabar isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Zaquan Adha ini sewaktu menghadiri majlis pernikahan kakaknya Rozita Che Wan di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam, malam kelmarin.

“Alhamdulillah, saya sekarang semakin seronok menjadi ibu dan surirumah. Seronok uruskan suami dan anak. Sejak mengandung, saya sudah tidak berlakon lagi. Lepas bersalin saya ada berlakon tapi memandangkan saya dah jadi ibu, sukar untuk saya bahagikan masa. Anak saya pula menyusu badan. Jadi, saya biarlah dulu bidang lakonan.

“Kadang-kadang tu rindu juga nak kembali ke set. Tapi buat masa ni saya mahu beri tumpuan pada kelurga. Tambahan sekarang saya hamil 4 bulan. Jadi itu yang buat saya nak terus sambung cuti berlakon. InsyaAllah lepas berpantang nanti, kalau ada tawaran mungkin saya akan kembali berlakon, kalau tak ada pun, tak apa”, katanya yang kelihatan semakin cantik dan berseri-seri.

Berkongsi mengenai kehamilan kali kedua, Ayu berkata kali ini dia tidak mengalami sebarang alahan. Malah berita yang dirinya mengandung hanya diketahui selepas merasakan tidak sedap hati dek kerana dia tidak datang haid.

Begitupun apa yang membuatkan pelakon drama Dari Kerana Mata ini berasa lucu apabila suaminya Zaquan pula yang mengalami alahan teruk.

“Saya tak datang bulan (haid). Kalau ikutkan memang biasa bagi ibu yang menyusu badan, mungkin lambat. Tapi saya rasa tak sedap hati. Saya pergi buat pemeriksaan dan doktor sahkan saya hamil.

“Kali kedua ni tak ada apa-apa alahan, Allhamdulillah. Cuma, masa awal-awal tu suami saya saja lah yang alami alah teruk. Dia pening, muntah-muntah sampai jadi tak bermaya. Dulu masa mengandung anak pertama pun, dia kna alahan juga”, katanya yang berdoa agar kali ini dikurniakan anak perempuan namun tetap menerima apa saja pemberian dari-Nya.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumahtangga pada 21 Januari 2011. Pada 29 Mac lalu, mereka dikurniakan seorang cahaya diberi nama Muhammad Aisy Qaiser yang kini mencecah usia 9 bulan.

Pada masa sama, Ayu turut mendoakan kebahagian rumah tangga Che Ta dan abang iparnya, Zain. Menjadi antara individu paling rapat sekaligus dia melihat perjalanan cinta kakak kesayangannya itu, Ayu menyifatkan pasangan tersebut sebagai pasangan paling secocok.

“Kami rapat. Masa saya khawin, kak Ta dah mula rasa macam tak ada kawan sebab saya sibuk dengan keluarga saya. Tapi sekarang dia dah kahwin, saya doakan dia bahagia sampai bila-bila. Saya harap Zain boleh jaga dia dan anak-anak dia dengan baik.

“Selama mereka bercinta, banyak dugaan yang mereka lalui. Dengan perkahwinan ni, adalah kira satu kejayaan bagi mereka dan mereka juga perlu berdepan dengan cabaran baru pada masa akan datang. Biasa la dalam rumah tangga, perlu banyak bersabar dan tlak ansur”, tuturnya lagi.

Enggan Komen Tentang Kekasih Aidil Zafuan

Dalam pada itu, ditanya mengenai desas-desus abang iparnya yang juga merupakan bekas suami pelakon Rita Rudaini iaitu Aidi Zafuan dikatakan sudah bertemu pengganti dan bakal berkahwin tak lama lagi, Ayu pantas berkata,

“Hah, yang itu saya tak mahu komen lah… Maaf, saya tak boleh komen apa-apa. Bukan serik tapi kalau boleh tak nak lah apa-apa kenyataan keluar dari mulut saya. Pengalaman lalu banyak mengajar saya, Kadang-kadang kita tak berniat pun nak cakap apa-apa, tapi takut orang lain salah anggap. Maaf ya”. – Malaysian Digest

Friday, 6 December 2013

Zizan Hadiahkan Emma Maembong Minyak Wangi ?

Seperti yang kita sedia maklum, Zizan dan Emma Maembong sekarang dalam status berkawan baik. Mereka juga telah dikatakan mengaku memang rapat tapi status bercintat u belum dipastikan lagi.

Dah lama juga kitat ak dengar gosip mengenai pasangan ni kan. Terkini, Zizan ada muat naik sekeping gambar minyak wangi yang berjenama Chanel.
Dalam perkongsian gambar tersebut, Zizan ada menyebut "satu untuk awak satu untuk saya" dan Emma Maembong juga telah memuat naik sekeping gambar minyak wangi yang sama di akaun Instagram beliau. Gambar minyak wangi tersebut mirip seperti yang Zizan tunjukkan. Adakah ia kebetulan atau sememangnya minyak wangi tersebut daripada Zizan ?

Emma juga ada menyebut "Awww thank you awak" dalam caption gambar tersebut. Kepada siapakah ayat tersebut ditujukan?


Wan Maimunah Nikah 13 Disember 2013


Kalau 11.12.2013 adalah tarikh nikah Rozita Che Wan, tarikh 13.12.2013 pula adalah tarikh pernikahan pelakon terkenal Wan Maimunah. Beliau bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi.
Pernikahan Wan Maimunah akan berlangsung di Tropical Inn Hotel, Johor Bahru selepas waktu magrib pada 13 Disember nanti. Bakal suami beliau merupakan akhi permiagaan yang terkenal di Johor Bahru dan masih lagi dirahsiakan identitinya.

Semoga perkahwinan yang bakal berlangsung tak lama lagi akan kekal sehingga akhit hayat beliau. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuknya.

Thursday, 5 December 2013

Gambar Artis "Sopan" Di ASK 2013

Jom lihat beberapa gambar para artis yang sopan di ASK 2013.Ramai juga artis yang telah berhijrah tampil di red carpet.


Yang paling cantik tentulah Lisdawati yang kelihatan cantik sopan dan berhijab penuh menutup aurat di samping suami, Fauzi Nawawi dan anaknya.Admin berharap ramai lagi artis yang berhijrah suatu hari nanti.

Jom lihat lagi beberapa gambar:
















Entri menarik :