Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Sunday, 22 December 2013

Gempar!! Hujan Ais Landa Perak

Mohamad Kamal Abdul Latiff, 35, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, rata-rata peniaga pasar malam yang baru memulakan perniagaan dikejutkan dengan kehadiran angin kencang dan hujan lebat berupa ketulan ais.

Peniaga gempar hujan ais landa Perak
Keadaan khemah peniaga di satu lokasi di bandar Taiping. Ketulan hujan batu (dalam bulatan) yang melanda sekitar bandar Taiping, kelmarin dibandingkan dengan saiz syiling 10 sen.

Peniaga gempar hujan ais landa Perak


TAIPING – “Rasa seperti ada batu-batu kecil menyakiti tubuh saya,” itu antara pengalaman dirasai seorang peniaga dalam satu kejadian ribut, di sini, kelmarin.

Mohamad Kamal Abdul Latiff, 35, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, rata-rata peniaga pasar malam yang baru memulakan perniagaan dikejutkan dengan kehadiran angin kencang dan hujan lebat berupa ketulan ais.

Menurutnya, ketika kejadian, dia baru sahaja membuka khemah untuk menjual hasil laut.

"Bagaimanapun, tidak sampai 10 minit, tiba-tiba hujan lebat melanda diikuti ribut hingga menyebabkan beberapa khemah hampir tumbang.

“Saya bersama pekerja terpaksa menahan khemah dari diterbangkan angin, ketika itulah saya dapat rasa tubuh saya seperti dihujani batu-batu kecil,” katanya.

Mohamad Kamal berkata, insiden tersebut pertama kali berlaku sepanjang 10 tahun dia berniaga di kawasan berkenaan.

“Memang tak sangka, lebih-lebih lagi saya sendiri yang alaminya.

"Susulan kejadian ini, hampir semua peniaga tak jadi berniaga dan  mengemas barang dan peralatan masing-masing,” katanya.

Difahamkan, selain merosakkan khemah peniaga, beberapa papan tanda turut tumbang akibat ribut namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.



Sinar Harian

Friday, 20 December 2013

GEMPAR!!! Filem Lucah Guru, Peniaga Pakistan

MELAKA – Seorang guru wanita sebuah sekolah rendah dan seorang peniaga pakaian warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan membuat filem lucah di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama di sini November lalu.

Lizah Buang, 49, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.

Kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kesopanan awam itu di pangsapuri tersebut pada pukul 8.30 pagi 16 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - Kosmo.

Wednesday, 11 December 2013


Foto terakhir Paul Walker didalam Porsche sebelum kemalangan | Foto-foto terakhir Paul Walker sebelum maut baru saja beredar. Foto itu memaparkan pelakon "Fast and Furious 7" tersebut ketika meninggalkan acara amal di Santa Clarita, California.

Dalam rangkaian foto itu, Paul kelihatan tersenyum di dalam kereta tanpa mengetahui nasibnya yang malang hanya beberapa waktu selepas. Ia duduk di kerusi penumpang kereta Porsche merah yang dipandu temannya, Roger Rodas.


Dilaporkan hanya beberapa minit selepas gambar itu diambil, Paul mengalami kemalangan yang meragut nyawanya. Keretanya terlepas kawalan, melanggar dan langsung meletup.

Menurut hasil bedah siasat yang baru saja dikeluarkan, Paul dipastikan meninggal kerana perlanggaran dan letupan tersebut. Saat ini Universal Pictures tengah membincangkan tentang kesinambungan watak Paul dalam filem terbarunya, "Fast and Furious 7", yang masih menjalani proses penggambaran.

Tuesday, 10 December 2013

Gambar seorang tentera laut terbunuh atau di bunuh tersebar di laman sosial, ini berikutan keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan laporan kematian anaknya yang di katakan lemas ketika menjalani latihan.

Berdasarkan fizikal mayat timbul eleman yang meragukan apabila terdapat kesan tumbukan dan tusukan rokok pada badan serta wajah mangsa, pihak keluarganya merasakan kematian anak nya mangsa penderaan. 

Mangsa di khabarkan berasal dari Tenom Sabah  dan berkhidmat dengan tentera laut di negara ini,kesahihan berita ini tidak dapat di pastikan , kes ini telah di siasat oleh pihak berwajid , semoga ada penyelesaian dalam kes ini, Al-fatihah dan Salam Takziah.sumber

Thursday, 5 December 2013


Kagum dengan sikap yang dipamirkan Sultan Brunei, bila beliau sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita.
Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.
Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam. Kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.
Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.
Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.
Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.
sumber: nescafeais.com


Gambar terkini Fizo Omar dan Mawar bercuti di Dubai - Nampaknya kini tiba gelaran pasangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim untuk bercuti honeymoon di Dubai, United Arab Emirates bersama keluarga tersayang.Semoga berbahagia selalu diucapkan kepada Fizo dan Mawar.














Wednesday, 4 December 2013

KETIKA air banjir menenggelami hampir keseluruhan bandar Kuantan, keajaiban berlaku di Masjid Al-Fatah, Batu 3, Jalan Gambang-Kuantan. Air keruh berlumpur yang membanjiri pekarangan masjid tersebut didapati menjadi jernih apabila memasuki ruang solat masjid. Allahuakbar!!!

Kebesaran Allah Air Jernih Di Masjid Al-Fatah Gambang Kuantan

Kebesaran Allah Air Jernih Di Masjid Al-Fatah Gambang Kuantan

Kebesaran Allah Air Jernih Di Masjid Al-Fatah Gambang Kuantan

Tuesday, 3 December 2013





❝ Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan. Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan. Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.[Sumber: mStar]
Tahniah dan alhamdulillah akhirnya Salima AF4 telah selamat dinikahkan dengan Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre di Chemor, Perak, Sabtu lepas.

Gambar- Salima AF Selamat Bergelar Isteri Kepada Ustaz   | Tahniah dan alhamdulillah akhirnya Salima AF4 telah selamat dinikahkan dengan Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre di Chemor, Perak, Sabtu lepas.

Majlis nikah tersebut khabarnya telah berlangsung secara sederhana dengan dihadiri saudara mara dan sahabat handai.


Difahamkan, Ustaz Syed Abd Kadir sebelum ini pernah berkahwin dengan wanita yang menetap di Singapura bernama Sharifah Wafa’ Alhadad. Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Syed Abdul Rahman, 7, Sharifah Sumayyah, 4, dan Sharifah Zainab, 2. Mengikut laman Beautifulnara, Salima khabarnya merupkan isteri ke dua buat Ustaz Syed Abdul Rahman.









Monday, 2 December 2013

(10 Gambar) Apex & Leuniey Mula Borong Barang Baby


Foto : Apex & Leuniey Mula Borong Barang Baby

Apex dan Leuniey bakal menimang cahaya mata sulung mereka dalam masa 2 bulan sahaja lagi yang dijangka bakal lahir pada awal Februari tahun hadapan.Justeru itu, menerusi laman sosial pasangan tersebut, kedua-duanya dilihat sudah mula sibuk membuat persediaan bagi menyambut kelahiran bayi mereka, dengan membeli serba sedikit barang keperluan seperti pakaian, baby carrier serta buaian.Jom lihat lagi gambar di bawah :)

Foto : Apex & Leuniey Mula Borong Barang Baby

Apex dan Leuniey  2

 Apex dan Leuniey  4

Apex dan Leuniey  6

Apex dan Leuniey  7

Apex dan Leuniey  8

Apex dan Leuniey  9

Apex dan Leuniey  10

 Apex dan Leuniey  3

Kutipan Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang Terkini


Filem lakonan Ustaz Azhar Idrus bersama kumpulan Shiro dalam filem "Ustaz Mu Tunggu Aku Datang !" telah meraih kutipan sebanyak RM1.4 Juta dalam masa 4 hari masa ditayangkan.MiG mengumumkan dalam laman facebook mereka https://www.facebook.com/MIGTalent.Nampaknya penangan UAI sangat hebat menarik penonton wayang untuk menonton filem bercorak islamik ini.Sepatutnya hiburan ataupun filem sebegini perlu diperbanyakkan supaya dapat mendidik dan memberi santapan yang berguna kepada masyarakat terutamanya kita sebagai orang Islam.Korang dah tengok belum?Kalau tak jom ke panggung sekarang :)

Saturday, 30 November 2013

Hero Filem Fast & Furious Mati Dalam Kemalangan


Aktor Hollywood yang terkenal dengan lakonan dalam filem The Fast and The Furious, Paul Walker, 40, meninggal dunia hari ini dalam satu kemalangan jalan raya di Santa Clarita, utara Los Angeles, California.
Kemalangan dahsyat itu berlaku apabila kereta Porsche yang dinaiki Walker hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok sebelum terbakar dan meletup, lapor Laman web selebriti TMZ.
Walker dan pemandu Porsche dipercayai kawannya, maut di tempat kejadian.
Menurut pengendali Facebook aktor terbabit, Walker ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis amal yang diadakan organisasi dinaunginya iaitu Reach Out Worldwide yang sedang mengumpul dana bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda Filipina bulan lepas. 

Ayu 20 sen sudah bergelar nenek


Masihkah anda ingat tentang ayu dalam cerita P Ramlee dahulu.Sememang watak ini terkenal dengan gelaran Ayu 20 sen.Sekarang dah pun bergelar nenek.

Friday, 29 November 2013



JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak bercadang untuk merobohkan Villa Nabila atau Christine Palace yang terletak di Jalan Skudai, di sini, setakat ini.

Datuk Bandar MBJB, Ismail Karim berkata, pihaknya boleh merobohkan banglo tinggal terbabit sekiranya bangunan itu mendatangkan bahaya atau mudarat kepada orang ramai.

“Bangunan berkenaan kosong, tetapi ia tidak mendatang bahaya kepada orang ramai.

“Tambahan pula, pemilik bangunan tidak pernah culas membayar cukai kepada kami. Jadi ia tidak akan dirobohkan setakat ini,” katanya.

Ismail berkata, status bangunan dinamakan ke atas pemilik warganegara Singapura dan nama sebuah syarikat.

Mengulas lanjut mengenai tindakan MBJB, beliau memberitahu pihaknya sudah memagar lokasi terbabit daripada tidak terus dikunjungi orang ramai. – Sinar Harian Online

Apa pendapat korang tentang villa nabila ni ?

Lelaki Arab Pelihara Singa Putih Sebagai Simbol Kekayaan - Seorang pemuda di negara Teluk menyiarkan gambar di laman sosial Instagram yang setakat ini memiliki lebih 250,000 pengikut menggunakan nama Humaid AlBuQaish menunjukkan dia bermain dengan singa di hadapan beberapa buah kereta sport sebagai simbol kemewahannya.

Lelaki berkenaan kerap memuat naik gambarnya berdampingan dengan beberapa ekor singa dan cheetah.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan tentang pekerjaan AlBuQaish tetapi dia jelas memiliki kekayaan yang didambakan oleh ramai orang.

Menurut pengurus Taman Hidupan Liar Ras Al-Khaimah di Emiriah Arab Bersatu, Jasim Ali, binatang buas itu kini dianggap sebagai simbol status dalam kalangan golongan kaya di Teluk.

"Seekor singa putih yang jarang didapati dijual pada harga AS$50,000 (RM159,275)
"Jika seseorang itu membeli haiwan yang amat mahal, dia mahu menunjukkan bahawa dia berupaya membeli apa sahaja yang dia mahu di dunia ini," kata Jasim

"Jika dia menjinakkan binatang buas seperti singa, dia mahu seluruh dunia tahu tentang keberanian dan kejantanannya," tambah pengurus tersebut. 


Entri menarik :