Thursday 31 October 2013

KUALA LUMPUR: Bangunan flat PKNS di Kampung Kerinchi, dilaporkan terbakar petang tadi dan pihak Bomba dan Penyelamat telah digerakkan ke tempat kejadian sekitar jam 5 petang.
UNTUK LIHAT VIDEO KLIK SINI 

Menurut Timbalan Penguasa Bomba, Azahar Yaacob yang kini berada di lokasi kejadian, kebakaran tersebut melibatkan enam buah rumah di tingkat 17 flat berkenaan.


Kami menerima panggilan sekitar jam 4.40 petang dimana pihak bomba dan sukarela sudah pun dimaklumkan mengenai kejadian ini. Susulan maklumat akan dimaklumkan kemudian, kata nya .

Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui dan tiada kecedaraan dilaporkan , semoga semuanya selamat. 

0 comments:

Post a Comment

Entri menarik :