Muhammad Al-Hafiz Hamzah, 29, yang tidak berada di sisi anaknya ketika menghembuskan nafas terakhir mengakui amat sedih dan terkilan. Pada masa itu, dia berada di Kota Bharu, Kelantan bersama skuad Harimau Selatan untuk persiapan menentang pasukan Kelantan pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2013 yang baru sahaja berlangsung semalam.
Bagaimanapun, semalam merupakan kemuncak kepada penyakit Adam Farish yang difahamkan mengalami kesukaran untuk bernafas sehingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital untuk rawatan kecemasan. Selang beberapa jam kemudian, anak mereka menghembuskan nafas terakhir.
Menurut Fatihah Nur Fadzi, isteri Al-Hafiz, kematian Muhammad Adam Farish berpunca daripada komplikasi penyakit jantung, paru-paru dan pernafasan. Sejak lahir, anak tunggalnya sudah mengalami masalah jantung dan paru-paru dan sering dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Dari DIA kita datang dan kepadaNYA kita kembali.
ReplyDeletetenanglah wahai anak engkau disana... yang pasti, syurga buat mu Muhammad Adam Farish... Al-Fatihah.