Thursday 25 April 2013

Tajuk entry agak kasar. Tapi, rasanya itu je tajuk yang sesuai untuk entry kali ni. *menggerutu jugak dalam hati bila teringat kisah tu*


Ia bermula bila saya baru balik dari tempat kerja. Sebab ada hal yang tak dapat di elak, malam tu saya tiba lewat kat rumah.


Untuk pengetahuan semua, rumah saya kira-kira terlalu dekat dengan kawasan yang bersemak. Walaupun di situ kebanyakan adalah kawasan taman perumahan, tapi ada tanah-tanah lot terbiar yang menyebabkan pokok-pokok tinggi menebal. 


Sekadar ilustrasi
Tak berjaga. Dan agak menyeramkan kalau tiba waktu malam.


Cepat-cepat saya bersihkan diri. Di sebabkan kepenatan sangat... Saya terus menghempas badan ke katil. Mata terpejam rapat serapatnya. Nak bernafas pun terasa penat. *macam tu pun ada* 

Tiba-tiba...


Satu badan saya mula terasa pedih. Membengkak hampir  di segenap badan. Mula-mula tu, tertanya-tanya jugaklah. 


Nyamuk punya pasal ke yang buat badan sampai pedih macam ni? 
Hmm... Kalau bukan nyamuk, apa lagi kan?


So, saya membuka pintu bilik. Nak bagi cahaya ruang luar masuk ke bilik. Mata tak dapat tahan silau. Sebab tu tak buka lampu bilik lagi.



Saya pun spray guna sheildtox. Satu bilik berasap. Saya kemudian keluar bilik... Takut lemas dalam racun nyamuk.


10minit menunggu kat ruang luar. 


Sendirian. Yang lain, dah lama tidur. Time saya sampai rumah pun rumah dah sunyi sepi..


So, saya masuklah bilik semula. Kali ni terus bukak lampu. Nampaknya, tak banyak mana pun jumlah nyamuk yang jatuh kat lantai. 



Lampu masih terpasang. Sengaja saya biarkan macam tu . Sebab nak tengok banyak mana lagi nyamuk yang akan jatuh. 


Tak lama selepas tu...


"Aduh!!" kaki terasa sakit, pedih. Cepat-cepat saya bangun. Tengok-tengok...


sepupu sepapat nyamuk



Seekor nyamuk gemuk sedang cuba menyedut darah saya. 


Dan belalai nyamuk masih terlekat hidup pada kulit! *nyamuk ada belalai eh?*


Langsung tak aktif. Pening-pening gayanya. 


Sah. Dah mabuk dengan racun. Hampir-hampir mati pulak tu! Dua tiga kali tengok, nyamuk ni berganda-ganda besar dari lain. 


Agaknya dialah yang suka-suka hati menggigit satu badan saya sampai bengkak-bengkak?


"Dish~!" Saya jentik dia perlahan. Baru jatuh. Tamatlah riwayat nyamuk yang tamak dan pelahap.




Ini cerita betul. 

Saya pun tak sangka ada nyamuk macam tu.



Moral Dari Cerita

Inilah dia saya maksudkan, tengah nazak pun still buat hal lagi. Still nak bolot darah lagi walaupun dah kenyang. Tamak dan gelojoh. Tak sedar nyawa hampir di cabut...



Kaitannya. Ramai manusia yang masih terkejar-kejarkan kebendaan, tanpa mengira apa cara sekalipun. Legal atau illegal, tak di kisah. 


Lebih sedih, masing-masing tetap sibuk urusan hidup melampau-lampau. Sampai melupakan tanggungjawab sebagai hambaNya. 


Walhal dah tau bayangan kubur makin jelas menghampiri...


Renungkan bersama.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Entri menarik :